Lokasi
Wisma Perkeso
Jalan Tun Abdul Razak
Telefon
+603 - 2618 5555
E-mel
spnbdana@gmail.com
Utama SPNB Dana RMR1M Media Hubungi Kami
SPNB DANA > MENGENAI SPNB DANA
 
  SPNB Dana Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1hb. April 2014 sebagai sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan SPNB yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan dimana perniagaan utamanya adalah untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank dan institusi kewangan bagi membiayai projek perumahan yang dijalankan oleh SPNB Aspirasi, SPNB Idaman dan SPNB Mesra.

Selain itu SPNB Dana Sdn. Bhd. juga bertanggungjawab memberikan pembiayaan kepada pemohon-pemohon serta menguruskan kutipan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M).

Bagi memastikan operasi SPNB Dana berjalan lancar, kini SPNB Dana telah pun mempunyai wakil di setiap cawangan SPNB diseluruh Malaysia.


Menyediakan Dana pembangunan perumahan yang mencukupi kepada SPNB Holding dan semua anak syarikat SPNB bagi melaksanakan program pembangunan SPNB seperti Rumah Aspirasi Rakyat, Rumah Idaman Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat. SPNB Dana juga membantu pihak berkepentingan (Stakeholder) seperti kontraktor dan pembeli dalam menyediakan bantuan kewangan.

Membantu mengukuhkan kedudukan kewangan Kumpulan SPNB dan mengurangkan kebergantungan terus kepada geran Kerajaan sepenuhnya.