Lokasi
Wisma Perkeso
Jalan Tun Abdul Razak
Telefon
+603 - 2618 5555
E-mel
spnbdana@gmail.com
Utama SPNB Dana RMR1M Media Hubungi Kami
SPNB DANA > RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA
 

PEMBIAYAAN RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA (RMR1M)

Terdahulu, Program RMR1M ini dibiayai oleh Kerajaan melalui peruntukan geran dan subsidi penuh dimana setiap unit rumah mendapat subsidi sebanyak RM 20,000 dan 2% bagi kadar faedah.

Namun, bermula dari tahun 2013, sebahagian daripada pembiayaan pembinaan perlu dibiayai oleh pemohon melalui pinjaman daripada institusi kewangan yang diuruskan oleh SPNB Dana Sdn. Bhd. Untuk makluman, SPNB Dana kini di dalam proses untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM 709.36 juta dari CIMB Bank bagi membiayai pembinaan RMR1M ini dan dijangkakan kelulusan akan diperolehi pada akhir bulan Jun nanti.